Tuesday, 23 February 2016

Crush

OH HI! what a suprise huh? aireen menulis kembali! hahahahah. aku tahu, my passion towards blog dah macam merudum sedikit. well, aku banyak gila nak citer tapi seriously masa macam tak mengizinkan aku untuk blogging macam dulu. aipp apa masa pulak dipersalahkan huhuhu.

okay, back to the topic for today and kenapa aku tetiba beria nak tulis pasal crush pulak ni? sebab KITA SEMUA ADA CRUSH LAH! tengok dah tercapslock. like hello! siapa yang takde crush tu macam tak normal kot! crush ni tak semestinya orang biasa je, artis artis pun ada. contohnya LEE MIN HO! tapi. bukan aku. confirm. hihi. crush aku orang biasa je tapi ala ala artis gitu. kau rasa?

kalau korang nak tahu, taste aku ala ala macam matlutfi. gaya nerd tapi kelakar. aku taktahu crush aku tu kelakar ke tak tapi dia ada sense of humor yang tinggi. sebab caption instagram dia selalu ada unsur lawak lawak sikit tapi kau tak rasa nak gelak sangat. eheh. dia pun overseas graduated tapi tak graduate lagi lah. lagi lagi dia sangat power main gitar anddd pandai masak! orang selalu cakap, girl yang nak boy pandai masak ni pemalas. like hello, im not okay! aku just rasa laki pandai masak ni hebat sebab nanti kalau bini sakit, laki masakkan je takyah beli luar. tetiba gedik.


bila cakap pasal crush kan, terus rasa macam excited gila padahal bukan dapat jumpa pon. yang jadi mangsa ke excited an aku adalah bestfriend aku sendiri lah. buruk naw perangai. hahaha. contoh kalau crush followback kan instagram terus whatsapp besfriend 'WEH DIA FOLLOWBACK AKU WEHH!!!! ' kau nampak tak excited dia macam mana siap casplock lagi campur tanda seru. hihi. kalau crush like gambar kat fb pun sama jugak. dan terbaru crush nak balik malaysiaaaa! lagi la aku excited macam aku yang pergi airport sambil pegang sepanduk menyambut kepulangan crush yang tersayang. herher,

korang mesti curious apasal aku senang je dapat info pasal crush.bila balik malaysia lah and mostly everything pasal dia aku tahu. well, i am a good stalker :P creepy gila kan hahaha. tapi taklah aku stalk dia everything on media social sebab fb request aku pun dia tak accept.he dont friend with strangers la katakan. sebab aku rapat dengan orang yang crush aku rapat jugak so everthing is updated to me. tak payah tanya pun tahu tau hehehe.

aku dah minat dia dah masuk 3 tahun dah tapi dia tak pernah sedar kewujudan ku. sad but true. tapi aku tak kisah pun. as long as benda tu tak bawak kemudaratan, minat je lah, tak salah pun kan? aku cuma harap one day aku dapat kawan je dengan dia. tak kahwin pun takpe. tapi kalau kahwin pun apa salahnya kannnnn. ehh gedik lagi. hahaha.

okay sampai sini je entry pasal crush yang satu. aku rasa dia akan jadi crush sepanjang zaman sampailah aku bersuami nanti kot. hihi. aku tahu entry ni macam aku je yang excited lebih. korang yang baca macam bosan kan? alaa jujur je la hokeh. nanti kalau tahap kerajinan aku naik mendadak, aku updated lagi. byebyeeee!!

Tuesday, 29 December 2015

playing in the rain

fuh settle kerja and dah boleh mengadap blog. hahaha. today was really my busy day! kekurangan staff and i have to handle everything. sekejap layan customer, sekejap potong lens, sekejap key in data. hari hari macam ni boleh kurus. ehh, bukan memang cita cita nak kurus ke? hahaha. for those yang tak tahu, aku kerja kat kedai cermin mata. i wish i will be optician someday eventhought it's not really my dream haha but wei i dont have any choice kot. orite kita skip dulu lah pasal tu. hahaha.

so, yesterday evening i was playing in the rain! haha, aku tahu aku sorang je yang excited. i dont have a interesting life macam korang tapi aku enjoy apa adanya. aku rasa ni first time kot aku mandi hujan. kelakar kan? sebab masa aku kecik mak langsung tak bagi aku main hujan. nanti demam la selsema la macam macam. tapi yang aku tak puas hati, anak anak sedara aku boleh pulak main . tak ada sape nak larang pun . its not fair okay! hahaha.

kiteorang main bola selipar dalam hujan. macam macam ragam ada. yang main kasar pun ada. team lelaki lawan team perempuan. tapi tak sure siapa yang menang sebab banyak yang main tipu hahaha. hari ni ingat nak main lagi tapi tak hujan lah pulak. panaas berdering ring ring loceng berbunyi. lame reen lame.


so this is me! untuk yang tak pernah kenal hahaha. just excuse my face. sebenarnya aku pakai spec. sebab tu muka aku pelik bila tak pakai spec. huhu sedih betul. begitu la cerita untuk hari ni. i know its not really interesting untuk dibaca tapi its interesting for me. hilang sikit segala stress sebab banyak gelak and gila gila. hahaha sampai sini je. terima kasih sudi baca sampai habis . 


salam sayang, 
reen.